|
Alhamdulillah :)
Monday 1 April 2013 | 03:41 | 0 star
Alhamdulillah..
segala urusan berjalan dengan baik..
kini dah genap 4 bulan aku menjadi single. single bukan bermakna aku sepi. tapi aku tak keseorangan.. selagi Allah, tuhan aku ada.. selagi parent aku ada.. selagi kawan-kawan aku ada selagi family aku ada.. selagi shuhair ada.. aku kuat..
Alhamdulillah..
Allah memang mudahkan segala-galanya.. Rezeki yang Allah beri kat aku,, memang tak terputus. agaknya aku dah mula redha dengan hidup macam ni.. Keputusan SPM aku sangat puas hati. pencapaian aku sederhana je.. cukup buat mak ayah aku menangis kegembiraan.
Alhamdulillah..
siapa sangka detik 21 March tu..detik paling bersejarah bagi aku.. on the way nak pegi sekolah aku dah mula berdebar.. bila kawan call bagi tahu result dorang lagi la buat aku berebar.. perasaan tu Allah je tahu.. mama kata nak ikut pegi ambil result sekali... mama macam dah rasa sesuatu..dia cakap kat aku ''mama pun nak rasa macam orang lain'' then aku buat donno je.. sebab dah nampak ramai member kat bus stop.. aku takut sangat buat parents aku kecewa.. sampai je kat depan cikgu cikgu dah tanya macam-macam.. then aku pegang slip tu.. Bismillah... aku terus kira A.. then mama tanya ''berapa kak?'' aku bisik balik ''5A maa''
mama terus nangis peluk aku,, aku pun nangis dalam dakapan mama.. terharu sangat time tu.. pedulik apa semua nak pandang..1A+2A,2A-,2B+,2C... yang penting aku bersyukur...
Alhamdulillah..
Aku bahagia sangat sekarang dah memiliki seorang cahaya mata.. ehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!
(post untuk april 2020)
salam sayang dari aku,
An-Nur Fatehah,
mencari reha Allah.
The harderst thing to do is ''MOVE ON''
Friday 15 February 2013 | 03:33 | 0 star
In The Name Of Allah Most Gracious Most Merciful.
Friday 7.08pm..
''Redha dan lepaskan dia pergi''
This's the harderst thing to do..Ingat senang ke nak buat semua ni. memang aku redha. aku tawakal. andai satu hari nanti dia kembali kat aku,, serious aku bersyukur sangat. kenapa hati aku ni susah sangat nak terbuka untuk terima lelaki lain. kenapa susah sangat nak melupakan. aku pun nak bahagia walau tak besama dia. ''Nobody perfect''. aku tak sekuat tu nak lepaskan orang yang aku sayang pergi. tapi aku dah lakukan, aku dah buktikan yang aku kuat. tapi sampai bila aku nak jadi kuat? aku bukannya superwoman. sampai masanya aku nangis jugak. sebab aku rindu.. aku rindu sangat kat dia..
Astafirullahalazim.. aku baca balik diary yang dia suruh aku buat sepanjang kami bersama. Aku ingat aku akan tersenyum, hakikatnya tu semua buat aku tidur tak lena. aku harap dia bahagia. Aku harap dia tunggu aku. Aku harap dia sayang aku walaupun kami dah berpisah. tapi kenapa harapan aku tu tinggi sangat?
dia buat ke apa yang aku buat? dia ingat ke apa yang aku ingat? dia rindu ke apa yang aku rindu? dia harap ke apa yang aku harapkan?
Aku cuba contect dia balik. tapi sama je, takde pun yang berubah. ''saya tetap sayang awak walaupun awak pernah buang saya'' dia penah cakap macam ni dulu. aku nak buktikan balik kat dia yang relationship kita boleh pegi jauh. aku tahu aku tak kuat. aku taknak benda ni semua akan buat aku kecewa. takpe lah biar aku cinta kau dalam hati aku je. aku takkan kongkong hidup dia lagi.
Aku harap dia bahagia..♥
Heart by: An-Nur Fatehah Ismail ♥
Dia..dan aku..
Thursday 7 February 2013 | 10:39 | 0 star
In The Name Of Allah Most Gracious Most Merciful.
(reading with a feeling song, please repeat by manual)
2008:
Start aku kenal dia tak ingat bila.. tapi aku tahu masa tu aku form 1.. dia form 2. kebetulan dia memang satu sekolah dengan abang aku. don't mind la pasal tu. memang budak-budak lagi. aku pun baru nak tahu erti hidup.
2009:
Dah form 2 time ni, aku pun dah mula lah gatal-gatal. hahaha. biasa la kan? baru nak up. tapi aku cari jugak siapa dia tu. Actually abang aku dah pindah sekolah. dah lost contect semuanya.
2010:
Muncul balik mamat tu. tapi masa tu memang aku jual mahal sebab aku tengah couple dengan someone. relay aku dengan someone tu tak lama pun. sebelum kitorang PMR dah clash.
lepas PMR je, aku try lah contect balik dia, memang jumpa pun. kat facebook. orang lain ade boipreng, aku pun nak. hahaha. aku jumpa FB dia terus add!
20/10/2010:
Termaktub lah tarikh couple kitorang aku dan dia..
2011:
dia SPM. memang buzy gile lah..sampai aku kengkadang dia abaikan. bongoknye aku time tu, kenapa susah sangat nak faham keadaan dia ek. aku kacau dia kengkadang nak study.
02/06/2011:
First date. kitorang jumpa kat terminal 1. seremban. dah jumpa. dia ajak aku pegi AEON seremban2. sampai sana, makan-makan kat KFC, bukan nak save duit ke ape, kitorang dah kenyang.. so semuanya share. Air pon share. tengok wayang.. beli barang sikit.. then balik. part nak balik tu memang sedih lah kan. macam sekejap je masa berlalu. ''Take care sayang'' dia cakap.
10/12/2011:
Second date. time dia tengah seat SPM. aku memang ade kat kampung time tu, so rugi la kalau tak jumpa. haha. pegi tampin je kot. makan pizza.. dia bagi buku rujukan perdagangan dia.
2012:
Seryez aku cakap, dia memang betul-betul jaga aku. aku tak tahu macam mana nak hargai kot. kitorang siap buat diary. katanya nak bagi bila time jumpa. aku tak nampak lagi ape yang dia buat. saat paling sedih time 2012..,, aku tidur time balik sekolah, tak sedar pun message ke ape yang masuk. kakak dia call bagi tahu ''salam dik, shuhair accident masa nak pegi sembahyang jumaat''. tekejutnye.. Allah je yang tahu, aku nak jugak cakap dengan dia time tu. dapat jugak lah dengar suara dia. ''B ok?''.. ''ok'' dia jawab. tengah telentang kat wad pon ok je dia ni.. ''teruk tak?'' aku tanya, padahal air mata aku dah meleleh dah time tu. ''Muke B hancur'' aku takleh dengar suara dia.. cakap tak berapa jelas. sakit nak bukak mulut. seryez aku nangis macam orang mati laki. setiap hari baca yassin. memang sedih time tu. mama aku pun baca kan yassin sekali. time aku mid term exam tau tak. astafirullahazim. taklama tu dah ok..
Raya ke-3 2012:
''B otw ni'' dia message. kat kampung aku time tu. dia datang dengan sya' aku dah segan ayam tau tak. saudara mara aku sume memang tabikk ah. berani gila datang kampung aku. hahahaha. parents aku senyum je.. atuk, makcik pakcik aku green light je.
SPM 2012:
ni aku pulak nak SPM, dia mintak jadual spm aku..katenye nak puasa time aku exam. tak tau. tu hanya dia dengan Allah je tahu. hahaha. malas nak cakap ape. aku takut aku tak boleh nak bagi ape yang dia harapkan. tapi dia tak harap pape kot, ''B nak tengok orang yang b sayang ni berjaya'' tu je dia cakap.
01/01/2013:
Aku takut sampai masanya aku tak bersama dia. memang dia je kawan lelaki yang aku percaya buat mase ni. memang dia je faham aku. aku marah ke, aku membebel ke, aku buat lawak ke, aku share masalah ke, memang dia tempat aku luahkan semua tu. dia dia dia. yang aku fikir. sampai 1 perkara bodoh aku dah buat.
aku mintak clash sebab aku takut aku hilang dia. kitorang clash time masing-masing tengah sayang. aku cuba kot benci dia. tapi tak boleh, memang takde sebab aku nak berdendam. semuanya bodoh kalau betul aku buat. aku nak hubungan ni memang jodoh dari Allah. aku dah fikir masak-masak. aku nak kawin dengan dia. even anak tansri melamar aku. insha Allah aku nak dia jugak.
selamani aku tak fikir semua. dah single ni memang aku fikir aku akan setia. aku tahu, aku tahu aku siapa. aku dah takde pape ikatan dengan dia. hubungan aku selama ni memang bagi dia beban. aku tak nak lagi menyusahkan dia. kadang-kadang aku bebel jugak sebab aku sayang dia. tapi dia gelak je. dia ingat aku membebel tu comel mungkin? sekarang aku tak tahu apa aku buat. masih mencari diri aku sebenar. aku cari diri aku AN-NUR FATEHAH BT ISMAIL. aku nak jadi kuat, aku nak percaya pada diri sendiri, aku nak jaga diri aku, aku nak sayang diri aku. aku nak buat semuanya untuk diri aku demi parents aku. aku nak jadi hamba Allah yang taat. biar orang cakap single tu bosan. biarkan.. sampai masanya kita bersendiri jugak nanti.. tak semestinya single tu keseorangan. tak semestinya couple itu bahagia. yang bahagia nanti lepas akad nikah.memang tu yang aku harapkan dari dia.
Dia yang dulu buat aku kenal mana kawan mana kekasih,
Dia yang buat aku tahu perbezaan mana tak suka dan mana sayang,
Dia buat aku tahu mana rasa benci yang mana rasa cinta,
Dia buat aku tahu mana hargai dan mana tak dihargai,
Dia buat aku tahu mana memahami dan mana tak memahami,
Dia buat aku tahu makna cinta tak semestinya memiliki.
Dia..
.. Mohamad Shuhair bin Daud.
writen by: An-Nur Fatehah Ismail.
part time!
Wednesday 19 December 2012 | 23:08 | 0 star
In The Name of Allah Most Gracious Most Merciful.
19/12/2012
(2.30pm)
Sir Hema call. tapi aku tengah makan time tu, tak sedar pun fone bunyik..
(2.50pm)
bunyi lagi fone ''Sir Hema'' (ya Allah,, nak angkat ke tak..) then aku pun angkat la..
Sir: ''Helo fatehah, ni saya sir hema.. awak ade kat rumah tak?''
Me: ''Helo sir, oh ye saye ade''
Sir: ''awak boleh datang tak tuition center malam ni?''
Me: ''Boleh boleh, ade ape ye sir?''
Sir: ''Kite dah start kerja dah malam ni. awak datang pukul 7.00pm boleh tak?
Me: (ya Allah, tahu la dye tak solat) ''sir pukul 7.15pm boleh tak?''
Sir: Boleh..Boleh..
Me: okay bye..
(6.00pm)
Ayah: ''eh, kak, siap la.. kau keje pukul berape? cehh.. haha''
Me: ''Cehhh.. hahahahahahaha. lex ah, baru pukul berapa''
Ayah: ''yela..baru keje tunjuk la sikit semangat datang awal tu''
hahahaha.. aku rase lawak bila semua orang cakap pasal kerja aku ni. beria betul la diorang ni..
(6.15pm)
parents aku nak pegi masjid.. ade yassin..
Mama: ''kak, nanti bagi bangcik tu makan sebelum pegi keje''
Me: ''okey"
aku pun sambungla tengok wipeout winter punye.. sebab yang tu aku tak tengok lagi. aku rase macam gabra jugak hari ni.. yela first time kot aku keje dengan orang, tu yang aku tengok wipeout tu. hilang la sikit penyakit gelabah aku..
(6.30pm)
aku pun siap la panaskan lauk asam pedas yang mak aku masak tu, then kejud adik aku yang baru lepas sunat.. then aku pun makan..
(6.45pm)
lame gile kan aku makan? hahaha. tengok wipeout weh, tersedak sedak aku makan..
lepas makan, aku naik bilik.. bila nak masuk bilik air, boleh pulak abang aku kunci. tendang tendang pintu tu, tak jugak bukak-bukak. ishh,, last last pegi bilik dia, masuk bilik air tu dari bilik dia. bongok beteii. buang masa aku.
(7.05pm)
keluar bilik air, terus ambil wuduk.. sembahyang maghrib..
(7.10pm)
ya Allah, baru nak siap pakai baju semua.. gelabah gile aku.. turun naik.. turun naik.. dah la aku mintak datang lambat sikit. bhahahaha. tu ah, semua wipeout tu punye pasal.
(7.15pm)
Me: ''bang, tolong hantar aku keje''
Abang: ''adushh kau ni kacau lah,, kau keje pukul berapa?''
Me: ''Sekarang''
Abang: ''yelah.. kejap'' pause game bola..
(7.20pm)
Abang: ''kau start pukul berapa? ni dah pukul berapa?'' sambil start moto.
Me: ''start pukul 7suku. ni dah 7.20 hahahaha. pedulikk ah'' sambil naik moto.
bapakkkkkkkk.... laju lah siakk abang aku bawak... tudung aku macam nak tercabut. puas ah aku cover pegang tu pegang ni.. langgar bendul bendul.. macam terbang kau tahuuu!!
(7.22pm)
dah sampai kat depan ''Pusat Tusyen Arena Gemilang'' hahaha. aku gelak pulak la hai, macam orang bodo je duduk depan tu.. abang aku boleh tanye ''kau keje sini ke?'' hahaha. soalan panas! aku pun masuk dengan pantas. takut jugak aku kalau sir dah sampai. kat luar aku dah nampak ade 2 bijik kepala orang kat dalam. aku pun melangkah la masuk''
''eeeeekkkkk...'' (bunyi pintu) 2 bijik kepala tu pandang aku.. pelik je muka dyorang.. hahaha, aku nampak Mak. actually yang aku nampak tu stuff kat situ..tapi sorang minachi tu aku tak penah nampak pulak..
mak tu mmg clark kat situ. semenjak aku tusyen situ, dia ah jadi ahlong kutip fees tiap bulan..
Me: ''saye An-Nur.. keje kat sini'' (perghh, poyo lah seh aku tetiba mengaku macam tu..)
Mak: ''awak keje sini? ohh sir hema tak bagi tau pulak'' (sambil tangan gunting ape tah)
Me: ''oh yeke'' (terus duduk)
Mak: ''ni kitorang tengah gunting time table.. gunting ade satu jela dik''
Me: ''oh alaa'' (aku temenung macam orang bodoe.. memang tak tahu ah nak buat ape..)
aku nampak banyak lagi jadual yang nak kene gunting tu. oh baru teringat minachi kat belakang uh, sape ek?
Mak: ''awak nanti jage center sini ye?''
Me: ''a'ah.. sir hema kate macam tu''
Mak: ''yang tu Alaysya, dia jaga center senai'' (tunjuk kat arah minachi tu)
Me: ''Ohh..sedap ah nama.. macam nama melayu..(pandang alaysya sambil senyum)
Mak tetiba bangun, dia kata nak collect result budak PMR. then dia suruh aku sambung kerja menggunting tu...
(8.30pm)
aku dengar alaysya tu dah senyap je.. macam tak buat bende.. keje menggunting dia dah siap lettuw..
tetiba dye pegi kat aku.. nak ape pulak dye ni. hahahaha. sir pon dah sampai time tu.. tengah call cikgu cikgu tuition yang lain,, bincang pasal ape tah..
Alaysya: ''awak tunggu result SPM ke?''
Me: ''a'ah.. awak?''
Alaysya: ''tak lah, sye keje full time.''
Me: ''oh, study lagi ae?''
Alaysya: ''a'ah..kat collage JB''
Me: ''oh, akak ambil course ape?''
Alaysya: ''business management''
Me: ''oh..bla bla bla..
panjang jugak ah aku borak dengan dye. comel je akak Alaysya tu even dia bangsa india.. tapi fasih la cakap melayu..dia citer la pengalaman dia form 6, orentasi ande so on.. hahaha aku pun angguk angguk and backup backup jugak la dia cakap..
(9.00pm)
kitorang dah siap semua keje.. ade la sorang mak cik datang, daftar anak dia tuition.. dua orang, stndrt 5 dengan stndrt 6.. aku dengan Alaysya tu pun belajar sekali cara-cara nak isi form..
lepas makcik tu balik.. Sir hema pun buat ah sikit taklimat dia.. hahaha. macam pegi kursus pulak aku rase...
(9.30pm)
kitorang pun kemas-kemas.. then balik.. boss aku hantar aku balik. naik Hyundai Sonata wuuu..
okay tu la pengalaman aku..
baru semalam keje, hari ni dah mintak cuti.. hahahaha...sepatutnye ade test hari ni.. tapi lupe pulak harini Hol day.. okay bye...
Heart by:
An-Nur Fatehah
Penganggur berjaya
Tuesday 18 December 2012 | 08:31 | 0 star
In The Name of ALLAH Most Gracious Most Merciful.
Assalamualaikum.. hye readers,,
hermm aku sebagai pengganggur berjaya,,
hahaha. hari nie memang hari kejayaan aku.
aku buat blackpaper sauce.
habis satu periuk kecik tu adik beradik aku belasah.
bukan nak bangga la kan, semua ni hasil daripada mama and ayah aku.
berbuih-buih mulut dyorang suruh aku masak.
then hari ni first trial dah menjadi.
esok, kena buat lagi sauce tu sebab nak tunjuk kat korang
resepi dan cara-caranya.
bukan susah pun masak ni.
tak rugi belajar masak..
even black paper sauce tu boleh dapat kat kedai kan ?
RM7.50 satu botol. (yeke ?)
but,,
for me, tu satu advantages la bila menghadap Mak Mentua nanti.
HAHAHA.
1st mission aku dah berjaya sebenarnya, dari lepas maghrib tadi menghadap lappy ni.. sampai sekarang 12.18am.. sebok edit blog,, firstly pilih blogskins. ya Allah semua cantik-cantik. tapi aku pilih yang simple jela kan. sebab hermmm actually kecewa dengan blog lama tu.. dah macam-macam aku edit.. tengok ni, http://keciqkeciqdelicious.blogspot.com/ cool kan ? dengan gambar semua dah masuk. ya Allah. sedih sangat ni. tapi takpe.. takpe.. move on. Then nak masuk lagu tu pulak. pilih kat youtube. ya Allah, youtube dah tukar baru kan? eh tak tahu ke? so, memang susah nak copy embed code tu.. aku mintak tolong kat Saiyidah Alhamdulillah, nasib baik dia boleh tolong.. Thanks baby !!
2nd mission aku bermula esok, in sha Allah nak buat black paper sauce tu lagi..
xoxo. Assalamualaikum :)
Heart by::
An-Nur Fatehah.
Third Blog
Thursday 15 November 2012 | 22:59 | 0 star
In The Name Of Allah Most Gracious Most Merciful ^^
TARAAAAA...
Hye bebs, this is my THIRD blogspot.com. Hiw Hiw :*
sakit hati betul la sudden email tak boleh nak accept.
Ya Allah. bayak dah post kat blog lama tu.
okay chun kan blog baru ni ?
credit to my adik : Syazwani Nasuha.
*tepuk tangan*
actually cuti sekolah ni kan memang bosan.
dia pun dah bosan,, dok tweet pasal rindu sekolah lah apa lah.
so, aku bagi la dia assigment buatkan blog baru.
Hahaha.
Dia berjayaa weh, ngam ngam ikut cita rasa aku.
smart kan ? even skins ciplak. hiwhiwhiw.
kau hado ? takdo kan?
okeyyyy.bye. wassalam :)
|