|
Dia..dan aku..
Thursday 7 February 2013 | 10:39 | 0 star
In The Name Of Allah Most Gracious Most Merciful.
(reading with a feeling song, please repeat by manual)
2008:
Start aku kenal dia tak ingat bila.. tapi aku tahu masa tu aku form 1.. dia form 2. kebetulan dia memang satu sekolah dengan abang aku. don't mind la pasal tu. memang budak-budak lagi. aku pun baru nak tahu erti hidup.
2009:
Dah form 2 time ni, aku pun dah mula lah gatal-gatal. hahaha. biasa la kan? baru nak up. tapi aku cari jugak siapa dia tu. Actually abang aku dah pindah sekolah. dah lost contect semuanya.
2010:
Muncul balik mamat tu. tapi masa tu memang aku jual mahal sebab aku tengah couple dengan someone. relay aku dengan someone tu tak lama pun. sebelum kitorang PMR dah clash.
lepas PMR je, aku try lah contect balik dia, memang jumpa pun. kat facebook. orang lain ade boipreng, aku pun nak. hahaha. aku jumpa FB dia terus add!
20/10/2010:
Termaktub lah tarikh couple kitorang aku dan dia..
2011:
dia SPM. memang buzy gile lah..sampai aku kengkadang dia abaikan. bongoknye aku time tu, kenapa susah sangat nak faham keadaan dia ek. aku kacau dia kengkadang nak study.
02/06/2011:
First date. kitorang jumpa kat terminal 1. seremban. dah jumpa. dia ajak aku pegi AEON seremban2. sampai sana, makan-makan kat KFC, bukan nak save duit ke ape, kitorang dah kenyang.. so semuanya share. Air pon share. tengok wayang.. beli barang sikit.. then balik. part nak balik tu memang sedih lah kan. macam sekejap je masa berlalu. ''Take care sayang'' dia cakap.
10/12/2011:
Second date. time dia tengah seat SPM. aku memang ade kat kampung time tu, so rugi la kalau tak jumpa. haha. pegi tampin je kot. makan pizza.. dia bagi buku rujukan perdagangan dia.
2012:
Seryez aku cakap, dia memang betul-betul jaga aku. aku tak tahu macam mana nak hargai kot. kitorang siap buat diary. katanya nak bagi bila time jumpa. aku tak nampak lagi ape yang dia buat. saat paling sedih time 2012..,, aku tidur time balik sekolah, tak sedar pun message ke ape yang masuk. kakak dia call bagi tahu ''salam dik, shuhair accident masa nak pegi sembahyang jumaat''. tekejutnye.. Allah je yang tahu, aku nak jugak cakap dengan dia time tu. dapat jugak lah dengar suara dia. ''B ok?''.. ''ok'' dia jawab. tengah telentang kat wad pon ok je dia ni.. ''teruk tak?'' aku tanya, padahal air mata aku dah meleleh dah time tu. ''Muke B hancur'' aku takleh dengar suara dia.. cakap tak berapa jelas. sakit nak bukak mulut. seryez aku nangis macam orang mati laki. setiap hari baca yassin. memang sedih time tu. mama aku pun baca kan yassin sekali. time aku mid term exam tau tak. astafirullahazim. taklama tu dah ok..
Raya ke-3 2012:
''B otw ni'' dia message. kat kampung aku time tu. dia datang dengan sya' aku dah segan ayam tau tak. saudara mara aku sume memang tabikk ah. berani gila datang kampung aku. hahahaha. parents aku senyum je.. atuk, makcik pakcik aku green light je.
SPM 2012:
ni aku pulak nak SPM, dia mintak jadual spm aku..katenye nak puasa time aku exam. tak tau. tu hanya dia dengan Allah je tahu. hahaha. malas nak cakap ape. aku takut aku tak boleh nak bagi ape yang dia harapkan. tapi dia tak harap pape kot, ''B nak tengok orang yang b sayang ni berjaya'' tu je dia cakap.
01/01/2013:
Aku takut sampai masanya aku tak bersama dia. memang dia je kawan lelaki yang aku percaya buat mase ni. memang dia je faham aku. aku marah ke, aku membebel ke, aku buat lawak ke, aku share masalah ke, memang dia tempat aku luahkan semua tu. dia dia dia. yang aku fikir. sampai 1 perkara bodoh aku dah buat.
aku mintak clash sebab aku takut aku hilang dia. kitorang clash time masing-masing tengah sayang. aku cuba kot benci dia. tapi tak boleh, memang takde sebab aku nak berdendam. semuanya bodoh kalau betul aku buat. aku nak hubungan ni memang jodoh dari Allah. aku dah fikir masak-masak. aku nak kawin dengan dia. even anak tansri melamar aku. insha Allah aku nak dia jugak.
selamani aku tak fikir semua. dah single ni memang aku fikir aku akan setia. aku tahu, aku tahu aku siapa. aku dah takde pape ikatan dengan dia. hubungan aku selama ni memang bagi dia beban. aku tak nak lagi menyusahkan dia. kadang-kadang aku bebel jugak sebab aku sayang dia. tapi dia gelak je. dia ingat aku membebel tu comel mungkin? sekarang aku tak tahu apa aku buat. masih mencari diri aku sebenar. aku cari diri aku AN-NUR FATEHAH BT ISMAIL. aku nak jadi kuat, aku nak percaya pada diri sendiri, aku nak jaga diri aku, aku nak sayang diri aku. aku nak buat semuanya untuk diri aku demi parents aku. aku nak jadi hamba Allah yang taat. biar orang cakap single tu bosan. biarkan.. sampai masanya kita bersendiri jugak nanti.. tak semestinya single tu keseorangan. tak semestinya couple itu bahagia. yang bahagia nanti lepas akad nikah.memang tu yang aku harapkan dari dia.
Dia yang dulu buat aku kenal mana kawan mana kekasih,
Dia yang buat aku tahu perbezaan mana tak suka dan mana sayang,
Dia buat aku tahu mana rasa benci yang mana rasa cinta,
Dia buat aku tahu mana hargai dan mana tak dihargai,
Dia buat aku tahu mana memahami dan mana tak memahami,
Dia buat aku tahu makna cinta tak semestinya memiliki.
Dia..
.. Mohamad Shuhair bin Daud.
writen by: An-Nur Fatehah Ismail.
|